CEMBURU ..
Jumaat, 4 Mei 2012, ϟ

Assalammualaikum dan selamat petang semua..
Ya ALLAH .. panas sungguh cuaca hari ini tau.. naik terbakar aku kena pancaran matahari ini..
hee.. yeah! dah-dah jangan mengarut lagi cipul oi.. orang buka blog kau ni nak baca cerita yang dikongsi.. bukannya nak dengar kau membebel.. maaf ye .. maaf.. *buat gaya macam johan minta maaf dalam SuperSpontan tu. hehe..

okay.. mari mulakan cerita ea..
nampak tak tajuk tu ?? CEMBURU bukan ?? orang selalu kaitkan CEMBURU TANDANYA SAYANG...
ni yang dalam perhubungan bercinta sesama manusia tau.. tak termasuk dengan yang dah BERKAHWIN kalau ada pun sipi-sipi je kot.. hee..

bagi cipul.. masih relevan lagikah pada masa kini CEMBURU TANDANYA SAYANG.. Bagi cipul macam tak relevan je.. yela.. CEMBURU kan banyak makna.. dan cemburu juga banyak jenis.. betul tak semua ??
kadang-kadang kasihan ada.. sedih ada , macam-macam perasaan lah yang bercampur baur dalam ni hah..
sampai tak tahu nak bagitau macam mana .. hehe ..

selalunya manusia ni suka dengan sifat CEMBURU BUTA..
betul tak ?? jangan nak bohong la kan .. kalau dengan pasangan tu sikit-sikit nak cemburu.. sikit-sikit nak cemburu.. weyh!! orang yang tengok kau pun menyampah la.. tah-tah buah hati kau pun menyampah juga..
bukannya makin suka.. lain la kalau pasangan yang suka 'gedik-gedik' kalau nak cemburu ke ape ke .. buah hati suka nak 'pujuk'nya.. tu lantak korang la kan.. grr~

lagi satu sifat CEMBURU yang korang suka.
CEMBURU pada ORANG LAIN..
contohnya macam orang tu ada buah hati yang cantik/hensem.. yang kau pun terhegeh-hegeh la p cari yang macam tu juga.. orang tu ada 'gadget' yang 'latest-latest' kau pun nak ada juga.. tapi kau ada yang 'latest-latest' pun tapi tak reti guna pun takda faedahnya kau beli... membazir je.. memang la boleh belajar menggunakannya.. tapi membazir je kau tau tak.. dah-dah tknak bebel panjang-panjang.. aku update ni bukan pasal ni .. jauh tersasar pula kang..
yela.. macam mula-mula yang cipul katakan .. mesti korang nak macam orang lain.. weyh!! sudah la.. takda guna kalau bercinta tapi hati tak ikhlas.. sebenarnya hanya segelintir manusia sahaja yang bertuah jika jodoh mereka adalah sama cantik dan sama hensem.. jika salah seorang sahaja yang cantik/hensem itu adalah kuasa ALLAH..

CEMBURU dengan KEBAHAGIAAN ORANG LAIN..
kalau CEMBURU yang ini takpe.. tapi janganlah sampai terlalu OVER sangat.. jangan risau..
semua tu ALLAH dah tentukan.. kita perlu BERSABAR sahaja.. kerana apa..
ALLAH sayang hambanya yang sabar.. jangan lupa mengadu pada-Nya .. jangan lupa pada-Nya.. Insya-ALLAH dia akan tolong kita.. Insya-ALLAH dia akan beri kita kebahagiaan.. andai kita cemburu dengan orang.. doakan kebahagian mereka.. andai pasangan itu macam  'OVER ACTING' hmm .. cipul takda komen .. korang sendiri la nilai yee :D


sebenarnya banyak kalau nak diceeritakan tentang CEMBURU ni tapi tak mengapalah.. cipul cerita ini sahaja lah sebab ini je yang selalu berlaku depan mata cipull harap tak marah la ea.. cerita panjang sangat.. padahal dah penat menaip ni.. haha :)


salam Jumaat daripada Cipul..

♥ E

new past