Kegembiraan yang tak kesampaian
Jumaat, 27 Januari 2012, ϟ

Assalammualaikum dan selamat pagi semua..
apa khabar semua ? harap semuanya baik-baik sahaja la ye.
maaf cipul dah lama tak update blog cipul..
cipul bukan sengaja taknak update cuma cipul tak tahu nak bercerita macam mana..
maklumlah sekarang sekolah dah habis, patutnya lebih banyak cerita yang cipul akan kongsikan tetapi sebaliknya pula yang berlaku..

ish-ish!
cipul rindu dengan korang semua..

nampak tak tajuk cipul yang cipul berikan itu ??
pasti la nampak kan ? sebab korang kan baca tajuk dulu baru baca cerita..
tapi tak tahu la kalau orang yang terus baca cerita baru baca tajuk.
dalam 10 orang mesti ada satu kan..
hihi.. jangan marah yee.. gurau pagi jumaat je..


dah-dah cipul dah merapu jauh pula ea..
sebenarnya kan, apa yang cipul berikan tajuk itu nak kata ada kaitan dengan cipul pun ye, nak kata takda pun ye..
huhu.. macam ni lah, sebenarnya cipul rindu kan cipul yang dulu.. yang ramai kawan, ada teman untuk berborak , bergurau senda, keluar jalan-jalan, kongsi masalah lepas tu selesaikan sama-sama.. 
pikir kan penyelesaian dan ada yang buat lawak bila buat keputusan itu.. geli hati bila diingatkan semula..
tapi itu semua dah tinggal kenangan sahaja.. benda itu tak kan berulang kalau takda kumpul ramai-ramai..

mana kawan cipul pergi ? masing-masing dah ada haluan sendiri, ada yang bekerja, ada pula yang sibuk dengan hal peribadi.. ops!! maaf kawan-kawan epul bukan nak mengata atau mengutuk korang ye.. epul cuma rindukan korang.. itu sahaja..

kalau dulu korang suka tanya macam-macam kat cipul , cipul ni dah macam internet bergerak korang je.. ada saja yang korang nak tahu, tak kisah la kisah itu kisah gaduh ke, cinta ke, pengalaman ke, motivasi diri ke..
wah! macam-macam kan.. tapi sekarang dah tak lagi.. cipul gembira tengok korang walaupun kadang kala hati cipul ni tak tenang, tak sehappy yang korang fikirkan..

cipul harap korang pandai lah bawa diri ye nanti bila cipul dah takda.. 
cipul teringin sangat suasana cipul yang dulu, cipul rindukan seorang gadis ini tapi cipul tak tahu nak cakap macam mana.. tak mengapa la, biarlah cipul pendam sorang-sorang.. nanti kalau cipul bercerita kata cipul gedik pula.. huhu..

tak pela semua, cipul doakan korang semua bahagia dunia akhirat ye..
semoga tabah menempuh segala ujian dari-Nya.. :D
cipul keluar dulu ye.. tata semua..
jaga diri baik-baik.. Assalamualaikum dan selamat pagi 



new past