Jamuan Akhir Tahun Pengawas Sekolah
Selasa, 8 November 2011, ϟ

Ahaaaa...
Assalammualaikum dan selamat pagi semua... wahhh ! mesti korang semua tertunggu dan rindu dengan blog cipul ni hah.. maklum laaa dah bersawang takde cerita baru..
oklaa pagi ni cipul bercerita dengan buat entri baru yee..
nak kata bercerita pun mungkin tak sangat kot..
hehe maaflaa ye.. mungkin banyak gambar jee ni ..


mari mulakan cerita..
nampak tajuk kat atas tadi.. wahh mesti korang ingt GRAND GILA jamuan kitaorang ni
sebenarnya tak seGRAND sekolah-sekolah yang berprestasi tinggi mahupun sekolah yang terkenal..
kami adakan majlis jamuan akhir tahun ni di HOTEL ALLSON KLANA, NILAI, NEGERI SEMBILAN..
korang tahu tak kat mana ni? meh laa cipul tunjuk kan sikit kat mana??





siapa yang tahu tempat ni korang tahu laa..
alaaaa sebelah GIANT dan TESCO NILAI je ni..
maklumlaa kitaorang punya ahli taklaa ramai mana pun.. tu buat biasa-biasa je..
majlis kitaorang hari tu bermula pukul 3-5 petang..
kitorang buat high tea.. 
majlis ni berlangsung pada.. 3/11/2011(Khamis)

lepas waktu sekolah tu.. hehe.. tapi malangnya cipul tak ke sekolah pun time tu..
malas laa.. balik pukul satu .. pastu kena berkumpul kat sekolah pukul 1.45
aish so cipul amik keputusan tidak sekolah..

pukul 2 patutnya dah bergerak dah tapi disebabkan ada yang lambat so terpaksa la gerak dari sekolah pukul 2.30 juga.. aish sabor je cikgu kitaorang.. ada yang pergi naik bas dan sebahagian naik kereta.. cipul naik kereta sendiri *cipul ada lesen okay*, maklum la bas tak muat..
sampai je kat dewan makan kitaorang tu Pengetua dan guru-guru yang dijemput hadir telah smpai dulu dari kami.. aduhai.. 
penatla cipul taip marilah semua tgk gambar-gambar yang sempat diambil oleh jurugambar kami


dimulakan dengan ucapan cipul sebagai KETUA PENGAWAS & KETUA MURID disekolah..
*tah pape tah muka cipul (sorry la kamera murah)

*gambar ucapan pengetua tak dapat disiarkan.. sebab takda dalam simpanan , huhu






sedap tak? hee :)
mesti terliur air liur korang tgk kan? hee sedap tau semua ni


antara jenis makanan yang dihidangkan..
ni semua pengawas form4 yang handle tau..

mari tgk gmbar lagi, hee :)




lawak tak muka dia? sepupu cipul ni

nie antara permainan yang dijalankan..

ni gambar last.. 

 masa cipul dinobatkan sebagai raja .. terkejut juga laa..
heee :)

 cipul bersama ratu majlis..
comey tak dia? hee :)

sebelum pulang biasa laa gambar ramai-ramai.. (pose bebas)

gambar kat atas ni ada yang amik dari kawan cipul..  hee :)
sekian dari cipul.. terima kasih yang sudi baca ni yee..

p/s : jangan curi gambar yee :)

lot of love  <3 E

new past